LONDON, 26 November- Wayne Rooney akhirnya memperoleh kemenangan pertamanya sebagai bos Birmingham dengan pasukannya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sheffield Wednesday pada Sabtu.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium St Andrew itu, George Byers meletakkan pelawat di depan sebelum rehat sebelum kelebihan itu dimusnahkan Juninho Bacuna yang menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian.
Pemain gantian Jordan James mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-81, memastikan kemenangan berpihak Birmingham sekali gus melegakan bosnya bekas penyerang Manchester United dan England, Rooney, yang hanya memperoleh satu mata daripada lima perlawanan pembukaannya.
Kekalahan ke-13 Sheffield Wednesday daripada 17 aksi dan hanya mengumpul 10 mata menyebabkan pasukan itu masih terpesorok di dasar liga, manakala Birmingham berpindah ke jadual tengah.-AFP