fb fb fb fb fb

EPL : Leeds benam Everton 1-0

FOTO REUTERS

LEEDS, 19 Ogos – Penalti lewat permainan oleh pemain baharu, Lukas Nmecha menghadiahkan Leeds United kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton dalam aksi sulung mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Aksi di Elland Road menyaksikan Leeds menguasai babak pertama, namun gagal memanfaatkan deretan peluang, manakala Everton langsung tidak mencatat sebarang percubaan.

Everton yang membawa masuk Jack Grealish pada babak kedua mula memberi tentangan, namun insiden bola terkena tangan James Tarkowski pada minit ke-84 membuka ruang buat Leeds meraih penalti

Nmecha yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus memastikan Leeds meraih tiga mata penuh dalam aksi pertama mereka selepas kembali ke Liga Perdana selepas dua tahun.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE