KUALA LUMPUR, 31 Januari-Juara Gusti Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) di Australia, Emman Azman mengharumkan nama Malaysia sekali lagi apabila memenangi Kejohanan Gusti Tag Team Antarabangsa yang berlangsung di Setup Thailand Pro Wrestling, Thailand pada 28 Januari lalu.
Menurut kenyataan My Pro Wrestling, Emman yang bergandingan bersama peserta gusti dari Canada, Sunny Z menewaskan pasukan tuan rumah iaitu Johnathan Johnson dan P’Suchart.
Walaupun ini kali pertama Emman berganding dengan Sunny, strategi mereka membuahkan hasil.
Emman yang berumur 22 tahun berkata, kemenangan ini mampu membuka ruang untuk ahli-ahli gusti di Malaysia untuk bertanding di Thailand pada masa akan datang.
Pada 27 Januari 2023 lepas, Emman tewas kepada peserta Aiden Rex di Kejohanan Singapore Pro Wrestling (SPW).
Namun, dia dijangka mempertahankan tali pinggang kejuaraannya pada Kejohanan Gusti New Breed anjuran My Pro Wrestling yang bakal diadakan pada 18 Februari 2023 di Kuash Theatre, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Kejohanan gusti itu akan menghimpunkan seramai 12 penggusti dunia dari lima negara iaitu Australia,Singapura, Filipina, Japan dan Dubai.
(Juara Gusti Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) di Australia, Emman
Azman/FOTO Kredit My Pro Wrestling)