fb fb fb fb fb

Perlu lebih insentif cukai untuk sokong acara sukan - Hannah Yeoh

PUTRAJAYA, 1 Februari- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu lebih banyak insentif cukai ditawarkan kepada penganjur dan penaja korporat acara sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai hal itu sebelum pembentangan Belanjawan 2023.

"Setiap tahun KBS akan meminta Kementerian Kewangan untuk cukai yang lebih menarik bagi penganjur dan penaja korporat acara sukan. Langkah dibuat ini untuk menyokong acara sukan. Dan untuk sukan ini, tidak boleh dikenakan caj yang mahal," katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu, isu skim insurans atlet yang tinggi, hubungan khas KBS dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam proses SOP lesen penganjuran dan sewaan kemudahan sukan turut akan diberi tumpuan.

Katanya, KBS akan mengadakan perjumpaan berkonsepkan Hari Terbuka yang bakal diadakan setiap bulan bersama kementerian berkaitan supaya penganjur dan pihak berkepentingan acara sukan dapat bertemu membincangkan isu-isu yang berkaitan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu