fb fb fb fb fb

RTM rakan penyiar rasmi Liga Malaysia 2023

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Menjelang saingan Liga Malaysia musim 2023 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.

Peminat bola sepak tanah air menerima khabar gembira apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan 75 perlawanan secara langsung melibatkan pasukan-pasukan kegemaran masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata kesemua perlawanan itu membabitkan aksi Piala Sumbangsih, saingan Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.

"Perlawanan pertama akan disiarkan pada 24 Februari 2023 melibatkan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 10 kali, Johor Darul Takzim (JDT) menentang naib juara musim lalu, Terengganu FC," katanya.

(Fahmi Fadzil/Foto fail Bernama)

Jelas beliau, kesemua perlawanan ini akan disiarkan pada waktu sebenar perlawanan.

Peminat Liga Malaysia boleh menyaksikan kesemua 75 perlawanan tersebut di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey selain penstriman langsung melalui aplikasi RTM Klik.

Media Baharu