fb fb fb fb fb

Elneny tandatangani kontrak baharu dengan Arsenal

(Elneny menandatangani kontrak baharu dengan Arsenal.
(Foto kanan) Elneney bersama ahli keluarga/FOTO TWITTER ELNENY)


LONDON, 25 Mei- Pemain tengah Arsenal Mohamed Elneny menandatangani kontrak baharu dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain antarabangsa Mesir itu telah menjaringkan lima gol dalam 147 penampilan sejak tiba di Emirates dari kelab  Switzerland Basel pada 2016.

Bagaimanapun, tempoh perjanjian baharu pemain berusia 29 tahun itu belum didedahkan oleh The Gunners.

"Mo adalah bahagian yang sangat penting dalam pasukan. Dia membawa tenaga, semangat dan komitmen yang tidak berkesudahan kepada pasukan dan disayangi oleh semua orang,"

"Elneny merupakan pemain penting untuk kami di dalam dan di luar padang, contoh sebenar kepada pemain muda kami dan saya gembira beliau kekal," menurut pengendali Arsenal, Mikel Arteta.

Elneny membuat 14 penampilan di liga utama musim ini ketika Arsenal menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana, sambil turut membantu negaranya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika, di mana mereka ditewaskan menerusi sepakan penalti oleh Senegal.


(Pemain tengah Arsenal dari Mesir, Mohamed Elneny mencabar penyerang England Everton,
Dominic Calvert-Lewin semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Everton di Stadium Emirates di London, 22 Mei 2022/FOTO AFP)


Beliau menjulang Piala FA pada musim pertamanya di utara London dan menghabiskan kempen 2019/2020 secara pinjaman di kelab Turki Besiktas.

“Saya suka kelab ini dan saya rasa seperti sebahagian daripada keluarga ini,” kata Elneny.

"Saya mahu meneruskan khidmat di kelab yang menakjubkan ini dan saya sangat gembira dan sangat teruja untuk masa depan." kata Elneny.-AFP

Media Baharu