fb fb fb fb fb

KBS dan MEXT tandatangan MOC, jalin kerjasama erat dalam bidang sukan

(GAMBAR FAIL)

TOKYO, 25 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) bersama Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) di Tokyo, Jepun.

KBS menerusi kenyataan memaklumkan,pemeteraian MOC ini akan meningkatkan peluang kedua-dua buah negara yang lebih sistematik termasuk dalam bidang sukan.

(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu / FOTO FB MENTERI)

Melalui kepakaran dan pengalaman penganjuran Olympik dan Paralimpik 2020 oleh Jepun, Malaysia boleh mengadakan program antara kedua-dua negara seperti "Pengurusan Sukarelawan" bagi penganjuran Sukan SEA 2027.

Selain itu program seperti pembangunan atlet, jurulatih, dan pegawai sukan serta penganjuran perlawanan persahabatan termasuk sukan elektronik juga dapat diwujudkan melalui perjanjian ini.

Pembentukan program pengurusan fasiliti sukan secara efektif turut akan menjadi salah satu intipati kerjasama tersebut.

Media Baharu