fb fb fb fb fb

Duta Global Manchester United: Alex Ferguson letak jawatan

Sir Alex Ferguson/Foto REUTERS

LONDON, 16 Oktober-Pengurus Manchester United paling berjaya, Sir Alex Ferguson akan meletakkan jawatan sebagai duta global pasukan itu.

Namun beliau masih berkhidmat sebagai ahli pengarah bukan eksekutif dan terus dijemput menghadiri perlawanan.

Ferguson, 82 tahun, menandatangani perjanjian dengan Manchester United pada 2013 untuk menjadi duta kelab dan menerima 2.16 juta pound setahun.

Manchester United kini dalam langkah penjimatan termasuk membabitkan lembaga pengarahnya.

Ferguson, memenangi 38 trofi bersama The Red Devils termasuklah 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua gelaran Liga Juara-Juara sepanjang tempoh 27 tahun sebagai pengendali sebelum bersara pada 2013.

Beliau akan berundur daripada tugas dutanya pada penghujung musim ini

Manchester United kini berada di tempat ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris dibawah kendalian Erik ten Hag yang menggalas tugas bermula musim 2022-2023.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD