fb fb fb fb fb

Pearly-Thinaah tepati ramalan ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2024

FOTO FACEBOOK Badminton Association of Malaysia - BAM

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Denmark 2024 selepas menyingkirkan gandingan India Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela hari ini.

Gandingan negara bermula goyah apabila tewas 19-21, sebelum bangkit untuk menang 21-17 sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.

Perlawanan set ketiga menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengejar mata sebelum pasangan negara di ranking ketujuh dunia itu mengesahkan kemenangan 21-15.

Pearly-Thinaah akan berdepan pemenang perlawanan antara Lee Yu Lim-Shin Seung Chan dari Korea Selatan dan Julie Macpherson-Ciara Torrance dari Scotland.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao apabila terpaksa pulang awal selepas tunduk kepada Jonatan Christie 21-16, 21-14. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA