fb fb fb fb fb

Mbappe teruskan latihan, meski terpalit dakwaan rogol

Foto Reuters

MADRID, 17 Oktober- Bintang Perancis, Kylian Mbappe kekal meneruskan latihan bersama Real Madrid pada Rabu, walaupun terpalit kontroversi berkaitan dakwaan rogol oleh pihak berkuasa Sweden.

Wakil Mbappe menyifatkan dakwaan itu sebagai "sangat palsu" dan "fitnah" manakala peguamnya menegaskan tuduhan itu hanya untuk memusnahkan kariernya.

Pendakwa raya Sweden mengesahkan dalam satu kenyataan sebagai tindak balas kepada liputan media bahawa siasatan ke atas dakwaan rogol di sebuah hotel di tengah Stockholm telah dibuka, tetapi mereka tidak mengenal pasti suspek.

Penyiar awam Sweden SVT dan akhbar Expressen dan Aftonbladet, memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa Mbappe, 25, adalah suspek dalam kes terbabit.

Mbappe menyiarkan pautan ke cerita media Perancis mengenai perkara itu pada X pada Isnin (14 Oktober) dan menulis: "Berita Palsu!!!!"

Menurut laporan media Sweden, Mbappe dalam lawatan peribadi ke ibu negara Sweden, minggu lalu selepas terlepas aksi antarabangsa dalam Liga-Liga Negara-Negara UEFA akibat kecederaan.

Real Madrid kembali beraksi pada Sabtu (19 Oktober), berkunjung ke Celta Vigo dengan Mbappe dijangka akan diturunkan pada perlawanan tersebut.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM