LONDON, 16 Oktober-Bekas Ketua Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel menandatangani kontrak sebagai pengurus baharu pasukan England.
Pengendali dari Jerman itu bakal menjadi pengurus asing ketiga yang mengendalikan pasukan bola sepak lelaki England, selepas Sven-Goran Eriksson dari Sweden dan Fabio Capello dari Itali.
Tuchel, 51 tahun yang berjaya membawa Chelsea merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2021, akan menggantikan pengurus sementara Lee Carsley yang mengambil alih tugas Gareth Southgate yang meletak jawatan pada Julai lalu.
Mengambil alih pasukan kebangsaan England merupakan cabaran baharu buat Tuchel yang akan ditugaskan memburu trofi utama sejak England memenangi Piala Dunia pada 1966.-AFP