fb fb fb fb fb

Dua jurulatih penjaga gol skuad hoki kebangsaan timba ilmu di Belanda

(Datuk Seri Subahan Kamal)

BUKIT JALIL, 21 Julai- Dua jurulatih penjaga gol skuad hoki kebangsaan, Roslan Jamaluddin dan S Kumar berpeluang menimba ilmu kejurulatihan di Akademi Martjin Drijver Goalie, Belanda selama tiga minggu.

Mereka berdua dijadual berlepas malam ini dan pulang ke tanah air pada 8 Ogos depan.

Perkara tersebut diumumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.

"Ini bukan sekadar belajar tentang ilmu kejurulatihan tetapi juga yang kita perlukan dalam perkemahan tersebut adalah perkongsian semua jurulatih bawah 21 tahun seluruh dunia.

"Mereka semua datang dalam tiga minggu itu, jadi perkemahan tersebut bukan sahaja memberi pengetahuan tetapi mereka juga belajar bagaimana untuk mengatur kursus latihan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

(Roslan (kiri) dan S Kumar (tengah) pada sidang media di Bukit Jalil, hari ini)

Tambah beliau, sebaik pulang mereka harus berkongsi ilmu berkaitan penjaga gol hoki dengan semua pasukan negara dan dalam Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP).

KHM turut merancang untuk menghantar jurulatih penjaga gol skuad hoki wanita bagi tujuan sama di luar negara selepas ini. 

Media Baharu