fb fb fb fb fb

PSG mulakan pramusim dengan kemenangan tipis terhadap juara Liga

(Lionel Messi mengawal bola di sebelah penyerang Perancis Kylian Mbappe semasa perlawanan bola sepak Jelajah Jepun PSG menentang Kawasaki Frontale di Stadium Nasional di Tokyo/AFP)

TOKYO, 21 Julai - Lionel Messi menjaringkan gol dalam perlawanan pertama pramusim jelajah Jepun yang menyaksikan Paris Saint-Germain dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Kawasaki Frontale 2-1.

Barisan bintang dunia termasuk Neymar dan Kylian Mbappe bermula untuk PSG di hadapan 65,000 penonton di Stadium Nasional Tokyo.

Messi membuka jaringan pada minit ke-32 tetapi barisan PSG yang banyak berubah pada separuh masa kedua hanya mampu menambah satu gol lagi menerusi pemain gantian Arnaud Kalimuendo.

Juara Liga-J, Kawasaki menyumbat satu gol pada minit ke-84 apabila Kazuya Yamamura menanduk masuk tanpa dicabar

Pengurus baharu PSG, Christophe Galtier yang berpindah dari Nice, gembira dengan perlawanan latihan menentang pasukan yang sedang berada pada pertengahan musim domestik mereka.

“Terdapat beberapa fasa permainan yang baik dan beberapa kombinasi yang baik dalam serangan,” katanya.

"Saya suka cara kami dapat meletakkan mereka bawah tekanan tinggi di atas padang, yang membawa kepada beberapa peluang berbahaya."

(Pengurus baharu PSG, Christophe Galtier bercakap semasa sidang media di Tokyo pada
17 Julai 2022/AFP)


Mbappe dinafikan gol beberapa kali oleh penjaga gol Jung Sung-ryong pada separuh masa pertama selepas bergandingan baik dengan Messi.

Kawasaki memberi banyak masalah kepada kelab gergasi Eropah itu dan Galtier berkata pertahanannya perlu dibentuk sebelum musim baharu.

“Kami memberi terlalu banyak peluang di hadapan gawang kami,” katanya.

PSG akan menentang dua lagi pasukan Liga-J, menentang Urawa Reds di Saitama pada Sabtu ini dan Gamba Osaka di Osaka pada Isnin depan. -AFP

Media Baharu