fb fb fb fb fb

Djokovic kembali bersaing di Australia

(Tenis ATP Akhir Turin,Pala Alpitour, Itali - 18 November 2022 Novak Djokovic dari Serbia meraikan
kejayaannya selepas memenangi perlawanan peringkat kumpulan menentang pemain Rusia Daniil Medvedev / Foto REUTERS)

MELBOURNE, 30 Disember- Menjelang Tenis Terbuka Australia, bulan depan.

Bekas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic tiba di Australia dalam misi merebut kembali gelaran kejohanan tersebut.


(Novak Djokovic dari Serbia berlatih menjelang kejohanan Antarabangsa Adelaide dan Terbuka Australia, di Memorial Drive Tennis Club di
Adelaide, Australia, 29 Disember 2022 / Foto REUTERS)

Itu juga adalah penampilan sulungnya di negara berkenaan selepas hampir setahun tidak dibenarkan memasuki Australia akibat enggan mengambil vaksin COVID-19.

November lalu, kerajaan Australia memberikan visa kepada warga Serbia itu untuk menyertai acara Grand Slam selepas mempertimbangkan semua faktor berkaitan.

Pemain berusia 35 tahun itu memenangi Pusingan Akhir ATP Final bulan lalu, dan menjadi pilihan meraih gelaran Tenis Terbuka Australia.

Seandainya bergelar juara maka Djokovic setaraf dengan Rafael Nadal yang telah meraih 22 gelaran Grand Slam.

Kejohanan Terbuka Australia 2023 berlangsung di Melbourne Park bermula 16 hingga 29 Januari.- Reuters

Media Baharu