SHANGHAI, 6 Oktober - Bintang tenis Serbia, Novak Djokovic bangkit daripada ketinggalan mengatasi wakil Jerman, Yannik Hanfmann untuk mara ke pusingan 16 terbaik Kejohanan Masters Shanghai.
Djokovic, 38, terpaksa berhempas pulas dalam tempoh dua jam 42 minit sebelum menang 4-6, 7-5, 6-3.
Menantinya di pusingan ketiga, Jaume Munar dari Sepanyol.
Terdahulu, Munar, pemain bukan pilihan, menempuh aksi sengit ketika menundukkan wakil Jepun, Yoshihito Nishioka dalam pertarungan tiga set dengan keputusan 6-4, 5-7, 6-1.
Dalam pertembungan lain, Zizou Bergs dari Belgium meneruskan rentak cemerlangnya selepas mengejutkan pemain pilihan dari Norway, Casper Ruud.
Bergs mempamerkan aksi meyakinkan, sekali gus mengatasi Francisco Cerundolo dari Argentina 7-6 (1), 6-3.
Dalam satu lagi perlawanan, pemain Republik Czech, Tomas Machac terpaksa menarik diri akibat kecederaan semasa menentang Valentin Vacherot dari Monaco.
Machac tewas set pertama 6-0 dan ketinggalan 3-1 dalam set kedua sebelum tidak lagi mampu meneruskan perlawanan. - REUTERS