fb fb fb fb fb

Djokovic, Alcaraz bertembung di separuh akhir

Fota AFP

NEW YORK, 2 September - Aksi suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka AS 2025 menyaksikan beberapa pemain utama mara ke peringkat separuh akhir.

Dalam kategori perseorangan lelaki, pemain pilihan kedua dari Sepanyol, Carlos Alcaraz, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan pilihan ke-20, Jiri Lehecka dari Republik Czech dengan keputusan 6-4, 6-2, 6-4.

Turut mara pemain veteran Serbia, Novak Djokovic, turut melangkah yakin selepas menewaskan satu-satunya wakil tuan rumah yang juga pilihan ketujuh kejohanan Taylor Fritz dalam empat set 6-3, 7-5, 3-6, 6-4, sekali gus mengekalkan momentum buruan gelaran Grand Slam ke-25 dalam kariernya.

Sementara itu, dalam kategori perseorangan wanita, pilihan utama dari Belarus, Aryna Sabalenka, mara secara automatik selepas lawannya, Marketa Vondrousova dari Republik Czech, menarik diri dan memberikan kemenangan melalui walkover.

Seorang lagi wakil tuan rumah, Jessica Pegula, turut tidak berdepan masalah apabila menewaskan Barbora Krejcikova dari Republik Czech dengan keputusan 6-3, 6-3 dan menyaksikan Pegula semakin hampir menamatkan penantian kejuaraan Grand Slam pertamanya di laman sendiri.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN