fb fb fb fb fb

Deportivo Riestra malukan River Plate di gelanggang sendiri

FOTO AFP

BUENOS AIRES, 29 September - River Plate mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas 1-2 di laman sendiri kepada Deportivo Riestra pada aksi pusingan ke-11 aksi Clausura Argentina.

River Plate yang baru disingkirkan oleh Palmeiras dalam saingan Copa Libertadores Rabu lalu, kini kekal di tangga kedua Kumpulan B dengan 18 mata, empat mata di belakang pendahulu, Deportivo Riestra.

Riestra membuka jaringan seawal minit ke-12 menerusi tandukan pemain Uruguay, Antony Alonso, sebelum River Plate menyamakan kedudukan pada minit ke-25 hasil sepakan Giuliano Galoppo.

Namun, pasukan yang baru memasuki musim kedua di divisyen utama itu mencipta kemenangan bersejarah menerusi jaringan Pedro Ramírez pada minit ke-51.

River Plate semakin tertekan apabila bermain dengan 10 orang selepas Maximiliano Salas dilayangkan kad merah pada minit ke-81.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE