fb fb fb fb fb

De la Fuente ganti Enrique, jurulatih baharu Sepanyol

FOTO AFP

LAS ROZAS, 13 Disember- Persekutuan Bola Sepak Sepanyol mengumumkan pelantikan jurulatih baharu, Luis de la Fuente.

Pelantikan dibuat selepas skuad kebangsaan tersingkir pada pusingan kalah mati Piala Dunia 2022.

Pengurus skuad Bawah 21 tahun, B-21 itu tampil menjawab pertikaian ramai berhubung kekurangan pengalamannya mengendalikan pasukan lebih besar dengan merujuk kepada kepada tempoh mengendalikan pasukan remaja.

"Dengan rendah diri, jika ada sesiapa di Sepanyol sedar kedudukan ketika ini dan masa depan bola sepak Sepanyol, individu di depan anda inilah orangnya.

Jika ada yang mengatakan saya kurang berpengalaman, itu adalah pendapat mereka. Namun, dengan latar belakang sedia ada ini, saya persembahkan kepada anda dan Sepanyol supaya anda tahu siapa yang akan mengendali skuad kebangsaan," kata La Fuente kepada media AFP.

Sepanyol tewas di tangan Maghribi 0-3 pada penentuan penalti selepas permainan berakhir tanpa jaringan.

Perkhidmatan jurulatih terdahulu, Luis Enrique sampai ke penghujungnya selepas Sepanyol tersingkir.

Enrique, dilantik pengendali pasukan utama pada 2018 dengan kontrak sepatutnya tamat hujung tahun ini.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu