fb fb fb fb fb

Maghribi tambah penerbangan ke Doha, hangatkan aksi bertemu Perancis

FOTO AFP

RABAT, 13 Disember- Syarikat penerbangan Maghribi menyediakan 30 penerbangan tambahan pergi balik kepada penyokong untuk ke Qatar bersempena kemaraan pasukan Maghribi ke pusingan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Maghribi dijadual akan bertemu skuad Perancis pada Khamis ini selepas berjaya menundukkan Portugal 1-0 di pusingan suku akhir.

"Inisiatif ini untuk memberi peluang kepada rakyat Maghribi yang ingin menyokong pasukan kebangsaan dan merasai debaran aksi separuh akhir Piala Dunia, Royal Air Maroc telah menubuhkan jambatan udara antara Casablanca dan Doha," kata firma itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Maghribi merupakan satu-satunya pasukan pertama Afrika atau pasukan Arab yang mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia sekali gus mencetuskan pesta di seluruh negara Arab.

"Sebuah jet jumbo akan digunakan dalam mengendalikan jadual 30 penerbangan tambahan pergi balik itu untuk menyaksikan 'kelayakan bersejarah' ini," kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini peminat mengadu menerusi dalam talian mengenai gangguan di lapangan terbang yang sesak di Casablanca, ibu kota ekonomi Maghribi, menjelang aksi berdepan Portugal.

Jurulatih Maghribi, Walid Regragui akui penyokong adalah tunjang semangat pasukan kebangsaan ketika beraksi di pentas bola sepak berprestij dunia ini.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu