PHILADELPHIA, 5 Julai - Gol sendiri oleh penjaga gol Weverton pada penghujung permainan membawa Chelsea mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab pada Jumaat selepas menewaskan Palmeiras dari Brazil 2-1 dalam perlawanan suku akhir.
Chelsea mendahului 1-0 pada minit ke-16 menerusi jaringan Cole Palmer.
Separuh masa kedua Palmeiras bangkit menerusi pemain sayap remaja mereka, Estevao Willian yang akan menyertai Chelsea selepas kejohanan ini.
Estevao menyamakan kedudukan pada minit ke-53 dengan satu rembatan padu dari sudut sukar.
Pada minit ke-83 hantaran silang Malo Gusto yang terkena pemain pertahanan Bruno Fuchs masuk ke dalam gawang Palmeiras Weverton pada minit ke-83 untuk memberikan kemenangan kepada Chelsea.
The Blues akan berdepan satu lagi kelab Brazil, Fluminense pada separuh akhir di New York pada Selasa.-REUTERS