fb fb fb fb fb

David Puig juarai Golf Terbuka Malaysia

Pemain Golf Sepanyol, David Puig / Foto FB AsiaPacificGolfGroup

SERI KEMBANGAN, 19 Februari - Sembilan Birdie dilakukan David Puig pada hari terakhir Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2024 membantu beliau bergelar juara.

Pemain golf dari Sepanyol itu mengungguli kejohanan di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan dengan catatan keseluruhan 23 di bawah par 261 pukulan.

Pada saingan Hari Keempat yang berlangsung semalam (Ahad) menyaksikan pemain tersebut menamatkan aksi pusingan terakhir dengan catatan sembilan di bawah par selepas melakukan 62 pukulan.

Kejuaraan yang diraih Puig membolehkannya memperoleh slot Terbuka British.

Selaku juara, Puig untuk memperoleh hadiah utama sebanyak AS$180,000 dolar beserta trofi.

Tempat kedua Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2024 menjadi milik Wang Jeung-Hun dari Korea Selatan manakala pemain dari Thailand, Denwit Bori-boonsub di kedudukan ketiga.

Sementara itu, pemain kebangsaan, V. Khavish Varman yang menamatkan aksi di kedudukan ke-13 dengan 269 pukulan keseluruhan muncul Terbaik Malaysia pada kejohanan tersebut.

Pencapaian terbaik oleh pemain golf tempatan sejak penganjurannya pada 1962 ialah kejayaan mendiang P. Gunasegaran menduduki tempat kedua pada edisi 1994, selepas tewas kepada pemain Sweden Joachim Haeggman dalam aksi playoff.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD