fb fb fb fb fb

LHM 2024 :UiTM HA-KPT catat kemenangan keempat

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 19 Februari-UITM HA-KPT mencatat kemenangan keempat dengan menundukkan Kuala Lumpur City 4-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada saingan Liga Hoki Malaysia 2024 pada Ahad.

UITM turun dalam misi wajib menang untuk mencapai sasaran kedudukan keempat liga.

Muhammad Muhibuddin Moharam berjaya meletakkan UITM dihadapan pada babak pertama selepas UITM diberikan penalti stroke.

Muhibuddin sekali lagi berjaya menggandakan jaringan pada minit ke 37 hasil gol pukulan sudut penalti.

Setakat ini, Muhibuddin telah meledak enam gol mengatasi rakan sepasukan Perabu Tangaraja yang menggumpul lima gol.

Muhammad Idris Samad turut mencetat nama selaku penjaring gol selepas menambah dua jaringan gol buat UITM juga menerusi pukulan sudut penalti.

Tamat perlawanan, UITM kini mengumpul 12 mata, menyamai kedudukan Nurinsafi Sporting yang berada dikedudukan keempat hanya dibezakan dengan jaringan gol.

Selepas ini UITM dijadual menentang TNB Thunderbolts sebelum bertemu Maybank dan pendahulu liga TNB.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD