fb fb fb fb fb

BATC 2024 :Skuad lelaki gagal pertahan kejuaraan

Foto FB BAM

SHAH ALAM, 19 Februari - Skuad berpasukan lelaki badminton negara gagal mempertahankan kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang dimenangi pada 2022 selepas tumpas 0-3 kepada China.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao yang turun pada perlawanan pertama gagal menyaingi wakil China, Weng Hong Yang.

Jun Hao tewas, 19-21,17-21 dalam masa 51 minit.

Nasib sama turut menimpa beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila gagal menyumbang mata untuk pasukan negara.

Mereka tewas kepada pasangan diranking ke-90, Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, 16-21, 21-16, 21-23.

Eogene Ewe yang turun selaku pemain perseorangan kedua juga tewas mudah kepada Lei Lan Xi, 21-10,21-14.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD