fb fb fb fb fb

Kelantan dominasi Kejohanan Ping Pong MAKSAK 2024

Acara penutup Kejohanan Ping Pong MAKSAK 2024

LABUAN, 18 Februari- Kelantan merangkul dua kejuaraan pada Kejohanan Ping Pong Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2024.

Kemenangan diperoleh menerusi Nurayuni Mohd Nor bagi acara Perseorangan Wanita; dan pasangan Sofian Amir Che Soh-Rozaimie Mohammad bagi acara Beregu Veteran Lelaki.

Beregu Terbuka Lelaki dimenangi Mohamad Suffian dan Muhammad Fadly Ayub dari Johor, manakala Johan Beregu Campuran menerusi gandingan Sarawak Grace Teng Ping dan Lim Soon Ciang.

Bagi acara perseorangan, wakil Angkatan Tentera Malaysia Mohd Shakirin Ibrahim merangkul Johan Perseorangan Lelaki selepas menewaskan atlet Kelantan Mohd Taufik Zakaria pada pusingan akhir penuh aksi.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.

Lebih 200 atlet daripada 15 pasukan berentap pada kejohanan enam hari, di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE