fb fb fb fb fb

UiTM pertahan kejuaraan Liga IPT kali ketujuh

Juara Liga IPT, Universiti Teknologi Mara

SHAH ALAM, 18 Februari- Universiti Teknologi Mara kampus Shah Alam (UiTM Shah Alam) sekali lagi dinobatkan juara Divisyen 1 Kejohanan Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2023/2024 buat kali ketujuh berturut-turut.

Lebih manis, UiTM mengakhiri perlawanan di hadapan penyokong setia dengan rekod tanpa kalah sekali gus membawa pulang trofi serta wang tunai RM15,000.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, semalam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi jaringan Muhammad Akmal Afnan shahridzan.

Namun ia tidak bertahan lama apabila pemain tuan rumah, Muhammad Fakhrul Razi Khairi Anuar menyamakan kedudukan 1-1.

Kedudukan itu itu kekal sehingga ke wisel penamat sekali gus menyaksikan UiTM berjaya mengungguli LBSIPT 2023/2024 dengan mengutip 32 mata dan lebih membanggakan apabila tidak pernah kalah dalam semua 12 perlawanan yang ditempuhi.

Manakala UKM pula mengutip 26 mata di tangga kedua membaiki kedudukan musim lalu apabila menamatkan saingan di tangga kedua untuk membawa pulang RM12,000 sementara Universiti Putra Malaysia (UPM) menduduki tempat ketiga dengan 21 mata.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE