fb fb fb fb fb

Darius juara IRONKIDS 2024

Darius Foo menunjukkan pingat kemenangan IRONKIDS 2024, di Desaru/Foto BERNAMA

DESARU, 18 Mei - Latihan selama satu tahun membuahkan hasil buat atlet cilik, Darius Foo yang muncul juara saingan IRONKIDS 2024 di Desaru.

Ini kali kedua Darius meraih gelaran Juara sejak penyertaan pada tahun 2022.

Darius, 10 tahun membuat persediaan selama satu tahun dengan berlatih setiap kali pulang dari sekolah.

"Saya gembira dengan pencapaian ini dan saya bercita-cita untuk menjadi peserta triatlon serta Ironman, sekali gus mengharumkan nama negara satu hari nanti,” katanya pada sidang media semasa Ironman 70.3 Desaru Coast Malaysia, di sini, semalam (Jumaat).

Sementara itu, bapanya, Donald berkata dia sememangnya menggalakkan penglibatan anaknya dalam acara sukan berkenaan selain tidak mahu anaknya sentiasa bermain dengan telefon bimbit sahaja.

“Saya dan ibunya (Irene) sememangnya memberikan galakan yang berterusan tanpa menetapkan sebarang masa kami hanya mahukan dia menghabiskan saingan menjadi peserta terpantas sahaja,” katanya.

Seramai 100 peserta kanak-kanak menyertai IRONKIDS dengan 2 kategori dipertandingkan iaitu 7 hingga 10 tahun membabitkan acara renang 100 meter, berbasikal 4 kilometer dan larian 1.3 kilometer

Manakala bagi kategori 11 hingga 15 tahun pula renang sejauh 200meter, berbasikal 8 kilometer dan larian 1.9 kilometer.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD