fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir, dua beregu kecundang

Pasangan Arif Wan Junaidi dan Yap Roy King/Foto Facebook BAM

BANGKOK,18 Mei - Cabaran negara kini hanya digalas pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia di peringkat separuh akhir Terbuka Thailand selepas dua beregu lelaki negara terkandas di suku akhir semalam.

Pasangan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang dilihat memiliki peluang lebih cerah mara ke pusingan empat terbaik bagaimanapun dikejutkan beregu dari Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kai Wei dengan keputusan 18-21, 21-15 dan 18-21.

Sementara Wan Arif Wan Junaidi dan pasangannya Yap Roy King gagal menandingi kehebatan beregu nombor 3 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty apabila tewas 7-21, 14-21.

Dalam separuh akhir perseorangan lelaki petang ini, Zii Jia akan bertemu pilihan kelapan kejohanan Chou Tien Chen dari Taiwan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD