fb fb fb fb fb

Cub Prix 2022: Afif Amran ingin tebus kekecawaan musim lalu

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Pelumba CP150 dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing, Ahmad Afif Amran, yakin beliau berada di landasan tepat untuk menebus kekecewaannya bergelar juara musim lalu.

Ini selepas beliau menjuarai dua pusingan awal musim ini, juga menjelang pusingan ke-3 saingan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 yang akan membuka tirainya, esok.

Pada musim lalu, juara tahun 2018 dan 2019 itu terpaksa akur dengan tempat kedua selepas tidak menamatkan pusingan ke-3 yang menyebabkan kekurangan 5 mata berbanding , Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu yang berjaya
menggalas gelaran Juara CP150 musim 2021.

"Saya sememangnya menyasarkan hatrik, namun saya memberi fokus kepada markah kejuaraan besar jika diberi peluang,

"Dan sekiranya tiada peluang itu saya akan mengekalkan tahap sedia ada untuk memberikan lebih markah kepada pasukan ke tahap lebih maksimum," katanya kepada Berita RTM.

( Pelumba CP150, Ahmad Afif Amran)

Berlumba di Litar Sepang Selatan, Afif menjangkakan saingan yang lebih sengit disebabkan struktur trek yang panjang serta lebih terbuka dan membolehkan sesiapa sahaja untuk menang.

"Berat badan saya perlu dikurangkan terlebih dahulu kerana untuk ketika ini saya yang paling berat. Perlumbaan kali ini di pusingan ke-3 melibatkan trek panjang, jadi berat badan memainkan peranan," tambahnya.

Jelas Afif lagi, pasukan Honda mungkin akan menjadi pencabar utama bagi pusingan ini kerana Litar Sepang Selatan sepanjang 2.61km itu selalunya menjadi kelebihan kepada pasukan Honda dari segi aspek kelajuan.

Afif memulakan kempen musim 2022 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dengan langkah kanan apabila menjuarai dua pusingan CP150 berturut-turut dengan catatan masa
14’32.412s dan 14’36:498s masing-masing.

Media Baharu