fb fb fb fb fb

Harimau Malaya sedia tentang Bahrain esok

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon yakin pasukannya bersedia berdepan Bahrain dalam saingan Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Jelasnya, moral pasukan juga berada ditahap terbaik selepas menang terhadap Turkmenistan serta semua pemain bebas daripada kecederaan.

Kata Pan Gon, beliau menghormati pasukan yang berada di ranking 89 dunia berkenaan serta pasukan dominan dalam kempen Piala Asia.

Namun beliau enggan mendedahkan strategi yang bakal diolahnya sama ada bermain secara terbuka atau bertahan.

"Secara taktikalnya mendapatkan mata adalah sangat penting, sama ada satu mata atau tiga mata. Kami akan menggunakan strategi dan taktikal untuk mendapatkan mata, itu yang paling penting,

"Saya percaya esok akan menjadi perlawanan yang sangat sukar kerana kualiti dan pengalaman mereka, namunkami bersedia dan pemain juga memiliki mentaliti yang kuat," katanya pada sidang media di ibu negara.

(Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon)

Selain itu, Pan Gon turut berharap kehadiran penuh penyokong Harimau Malaya pada malam esok dapat menambah semangat dan memberikan sokongan padu buat Harimau Malaya.

Sementara itu, pemain pertahanan kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee juga berpendapat, pasukannya tidak mempunyai sebarang tekanan berhadapan mana-man pasukan yang mempunyai ranking lebih baik.

"Kami telah berpengalaman berlawan dengan pasukan yang mempunyai ranking terbaik, jadi saya merasakan tidak mustahil untuk menang menentang Bahrain esok," katanya.

Media Baharu