fb fb fb fb fb

Portugal tinggalkan Republik Czech dua mata

(FOTO AFP)

LISBON, 10 Jun- Portugal berjaya memimpin Kumpulan A2 menundukkan Republik Czech 2-0, berkelebihan 2 mata dibelakang Sepanyol dalam Saingan Liga Negara-Negara (UEFA).

Sementara itu dalam satu lagi aksi, Sepanyol berjaya meraih kemenangan pertama selepas 3 perlawanan dengan menundukkan Switzerland 1-0.

Joao Cancelo dan Goncalo Guedes cemerlang apabila meledak gol pada minit ke-33 dan 38 di Stadium José Alvalade.

(Aksi Protugal menentang Republik Czech di Stadium José Alvalade/ AFP)

Ini adalah kemenangan kedua Fernando Santos selepas turut menang berhadapan Switzerland dan seri dengan Sepanyol berjaya mendahului kumpulan A2 dengan 7 mata

Sementara itu di Stade de Geneve,gol tunggal Pablo Sarabia pada minit ke-13 menentang Switzerland sudah menceriakan pengendali Sepanyol Luis Enrique yang sebelum ini merekodkan dua keputusan seri.

Keputusan ini sekaligus meletakkan Sepanyol ditangga kedua kumpulan dengan 5 mata manakala buat Switzerland ini adalah kekalahan ketiga berturut dalam kempen ini. -AFP

Media Baharu