fb fb fb fb fb

Crotia sahkan tempat ke Euro 2024

Kapten Croatia, Luka Modric (Tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan layak ke Euro 2024/FOTO AFP

ZAGREB, 22 November - Gol tunggal pada babak pertama oleh Ante Budimir sudah cukup buat Croatia menempah tiket ke pusingan akhir Euro 2024 di Jerman susulan kemenangan 1-0 menentang Armenia pada Selasa.

Kemenangan tipis itu meletakkan Croatia sebagai naib juara kumpulan D di belakang Turkiye, selaku juara kumpulan.

Pada perlawanan tersebut, Croatia yang beraksi sebagai tuan rumah dilihat banyak 'berkampung' di kawasan pertahanan tanpa melakukan serangan dan mencipta peluang bagi menjaringkan gol.

Croatia akhirnya memecahkan kebuntuan gol menerusi tandukan Budimir pada minit ke-43 hasil umpanan lintang Borna Sosa.

Gol berkenaan menceriakan para penyokong tuan rumah yang sebelum ini resah selepas Croatia mempamerkan aksi goyah pada kempen kelayakan kali ini apabila tewas kepada Turkiye dan Wales pada Oktober lalu.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Croatia sebagai pasukan ke-21 daripada 24 pasukan yang bertanding pada Euro 2024 yang bakal dilangsungkan pada Jun dan Julai.

"Kami layak berada di Euro dan mempunyai banyak masa bagi mempersiapkan pasukan", kata bintang veteran dan kapten pasukan Croatia, Luka Modric kepada UEFA.com.

Sementara itu, Wales mensia-siakan peluang untuk mara apabila sekadar seri dengan 1-1 dengan Turkiye.

Keputusan itu membolehkan Wales bermain pada perlawanan Play-off pada Mac tahun depan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD