fb fb fb fb fb

Persahabatan Euro 2024: Jerman tewas lagi

Pemain-pemain Austria meraikan kejayaan menewaskan Jerman pada perlawanan persahabatan di Vienna pada Isnin/FOTO AFP

VIENNA, 22 November- Nasib malang terus menghantui Jerman apabila tewas buat kali kedua berturut dalam perlawanan persahabatan menentang Austria 2-0.

Lebih memeritkan lagi, Jerman terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemainnya, Leroy Sane yang diperintah keluar padang selepas mengasari pemain lawan pada babak kedua.

Pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah, Austria berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-29 melalui Marcel Sabitzer.

Pasukan Austria yang telah mengesahkan tempat ke Euro 2024 minggu lalu dilihat mendominasi permainan berbanding Jerman yang gagal menghadirkan ancaman dan serangan berbahaya ke pintu gol Austria.

Austria di bawah bimbingan Ralf Ragnick sekali lagi menekan Jerman menerusi gol kedua pada minit ke-73 perlawanan menerusi sungkitan oleh Christoph Baumgartner.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat permainan sekali gus memberi tamparan kepada pengendali baharu Jerman, Julian Nagelsmann.

Nagelsmann menyifatkan kekalahan tersebut disebabkan kurangnya semangat anak-anak didiknya di atas padang di samping turut mengkritik corak permainan pasukan yang kehilangan penguasaan bola pada separuh masa pertama.

"Pada akhirnya, kita harus menerima masih banyak perkara yang perlu pasukan ini lakukan.-REUTERS

"Para pemain perlu bekerja keras. pemain tidak bermain seperti yang diharapkan", kata Nagelsmann.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD