MIAMI, 30 Jun-Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah pada Copa America 2024 di sini selepas menewaskan Peru 2-0.
Meskipun tanpa kehadiran Lionel Messi, pemain paling berpengaruh dalam skuad Argentina, pasukan itu menang menerusi dua jaringan oleh Lautaro Martinez sekali gus membawa Argentina ke suku akhir selepas menjuarai kumpulan A.
Pada perlawanan tersebut, gol pertama Argentina hadir pada minit akhir babak pertama menerusi Martinez yang tenang menyudahkan umpanan Angel Di Maria bagi gol pendahuluan Argentina.
Di babak kedua, Argentina hampir-hampir menambah gol selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Peru.
Namun, sepakan Leandro Paredes sekadar singgah di tiang gol pasukan Peru.
Amrtinez sekali lagi menjadi wira Argentina selepas menjaringkan gol pada minit ke-86 selepas menyudahkan hantaran jauh menewaskan penjaga gol Peru, Pedro Gallese.
Argentina bakal bertemu naib juara kumpulan B sama ada Equador atau Mexico pada suku akhir yang bakal dilangsungkan pada Rabu depan.-AFP