fb fb fb fb fb

Clausura Liga Primera Argentina : River Plate tundukkan Estudiantes

FOTO AFP

LA PLATA, 14 September - River Plate mengekalkan kedudukan teratas Kumpulan B saingan Clausura Liga Primera Argentina selepas menewaskan Estudiantes de La Plata 2-1, malam tadi.

Aksi di Estadio Jorge Luis Hirschi bermula cemerlang buat pelawat apabila Giuliano Galoppo meledak gol pembukaan menerusi tandukan pada minit keenam, sebelum Ignacio Fernandez menggandakan jaringan tujuh minit kemudian, yang kekal sah selepas semakan VAR.

Bagaimanapun, River Plate terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Lucas Martinez Quarta dilayangkan kad merah selepas menerima dua amaran dalam tempoh tiga minit, lewat babak pertama.

Estudiantes yang menguasai perlawanan di separuh masa kedua hanya mampu merapatkan jurang menerusi tandukan Santiago Nunez pada masa kecederaan, namun gagal menyamakan kedudukan.

Menerusi kemenangan itu, River Plate kini mengungguli Kumpulan B dengan 18 mata, dua mata mengatasi Deportivo Riestra, manakala Estudiantes berada di tangga ketujuh Kumpulan A dengan 12 mata.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE