MANCHESTER, 3 Oktober- Erling Haaland dan Phil Foden berjaya mencetak hatrik selepas 'menjinakkan' pasukan Manchester United 6-3 dalam pertemuan pada Ahad.
Skuad The Red Devils kembali bangkit menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-56 menerusi Antony disusuli tambahan jaringan pada minit akhir permainan oleh penyerang gantian, Anthony Martial.
Penyerang Manchester City, Erling Haaland menjadi pemain pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) meledak hatrik dalam tiga aksi berturut-turut di laman sendiri.
"Anda boleh melihat hantaran yang kami berikan antara satu sama lain. Kami sentiasa mahu ke hadapan dan menyerang.
"Ia adalah perkara yang saya suka tentang pasukan. Akhirnya, ia menakjubkan. Tiada apa lagi yang boleh diperkatakan," kata Haaland kepada Sky Sports.
Pengendali United, Erik Ten Hag bagaimanapun mengakui kelemahan pasukan selepas dihukum dengan jurang gol yang besar meski memperoleh kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana.
"Bagi saya ia satu kejutan. Kami tidak berada di hadapan, kami tidak berani pada bola dan ada ruang untuk bermain tetapi kami tidak cukup berani," kata Ten Hag.
"Semua penghargaan kepada City tetapi ia tiada kaitan dengan City. Prestasi kami tidak bagus. Ia ada kaitan dengan kepercayaan sebagai individu dan sebagai pasukan."
(Penyerang City, Erling Haaland meraikan gol nya bersama pemain sayap, Jack Grealish/AFP)
Tambahnya, persembahan anak buah Pep Guardiola itu berada pada tahap terbaik dengan banyak peluang dicipta untuk menambah derita United.
City kini berada pada kedudukan kedua liga dibelakang pendahulu, Arsenal dengan perbezaan 1 mata manakala United di tangga ke-6 dengan 12 mata.
City dan United masing-masing selepas ini akan meneruskan saingan, berdepan Southampton dan Everton.-AFP