fb fb fb fb fb

City juarai Perisai Komuniti tewaskan United

Para pemain Manchester City meraikan kemenangan menjuarai Piala Perisai Komuniti 2024/ Foto REUTERS

LONDON, 11 Ogos-Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City memulakan musim baharu dengan langkah kanan apabila menewaskan Manchester United 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya untuk memenangi Perisai Komuniti pada Sabtu.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Wambley,United berjaya mengejutkan City apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-82 melalui Alejandro Garnacho.

Jaringan berkenaan memberi bayangan bahawa United seolah-olah bakal mengulangi kejayaan menewaskan City pada perlawanan akhir Piala FA yang dimenangi mereka musim lepas.

Namun, City kembali menyamakan kedudukan seminit sebelum perlawanan tamat menerusi jaringan pemain tengah Bernardo Silva bagi mengheret permainan ke penentuan penalti.

Pemain pertahanan City, Manuel Akanji menjadi wira apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus memberikan gelaran pertama untuk pasukan berkenaan.

Kali terakhir City memenangi Piala Perisai Komuniti ialah pada 2019 selepas tewas sebanyak tiga kali sebelum itu kepada Arsenal 2023, Liverpool, 2022 dan Leicester City pada 2021.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD