LONDON, 11 Ogos- Pasukan Liga Perdana Inggeris, West Ham United meneruskan agenda bagi memperkuatkan pasukan bagi memperbaiki kedudukan pasukan musim ini apabila menandatangani pemain pertahanan Perancis, Jean-Clair Todibo secara pinjaman dari kelab Ligue-1 Perancis, Nice.
Kontrak berkenaan bakal menyaksikan West Ham melakukan pinjaman secara semusim dengan pilihan menjadikan Todibo sebagai pemain tetap menjelang musim panas pada 2025, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Sabtu.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut berkaitan perjanjian, namun media Inggeris melaporkan pilihan pembelian terhadap Todibo bernilai sekitar 40 juta Euro atau 43 juta Pounds Sterling.
Todibo, 24 tahun, setakat ini membuat dua penampilan bersama skuad Kebangsaan Perancis memulakan kariernya di Toulouse sebelum berkelana ke La Liga untuk menyertai Barcelona pada 2019.
Todibo telah membuat 136 penampilan bersama Nice sejak 2021.-REUTERS