fb fb fb fb fb

Chilwell terlepas peluang beraksi di Piala Dunia Qatar 2022

London,5 November-Pemain pertahanan Chelsea, Ben Chilwell hampir pasti terlepas peluang mewakili England pada Piala Dunia 2022 di Qatar selepas disahkan mengalami kecederaan hamstring.

Pemain berusia 25 tahun itu dilihat bergelut dengan kecederaan tersebut ketika pasukannya, Chelsea menentang Dinamo Zagreb pada aksi Liga Juara-Juara.

"Susulan kecederaan berterusan yang dialami Ben telah menjalani imbasan terhadap kecederaannya (hamstring)", menurut kenyataan yang dikeluarkan Chelsea.

(FOTO AFP)

Tambah kenyataan itu, Chilwell kini dalam proses pemulihan dan pemantauan oleh pasukan perubatan kelab itu.

Ketiadaan Chilwell merupakan tamparan hebat buat pasukan 'Three Lions' selain turut kehilangan beberapa tonggak abikat kecederaan.

Chilwell merupakan sebahagian daripada pasukan England yang berjaya meraih naib juara di final kejohanan Euro 2020 setelah tewas kepada Itali pada penentuan sepakan penalti.-AFP

Media Baharu