fb fb fb fb fb

Chelsea sah ikat Garnacho tujuh tahun dengan bayaran RM231 juta

Pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho/Foto AFP

LONDON, 31 Ogos - Chelsea mengesahkan kehadiran pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho daripada Manchester United dengan kontrak tujuh tahun selepas melengkapkan perpindahan bernilai £40 juta (RM231 juta).

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi penjualan keempat termahal dalam sejarah United selepas Cristiano Ronaldo, Romelu Lukaku dan Angel di Maria.

Musim lalu, Garnacho meledak 11 gol dan 10 bantuan jaringan, menjadikan 26 gol keseluruhan daripada 144 penampilan bersama skuad utama United.

Garnacho adalah antara lima pemain United yang mahu keluar musim panas ini selain Marcus Rashford, Antony, Tyrell Malacia dan Jadon Sancho. Rashford lebih awal dipinjamkan ke Barcelona.

Chelsea yang menewaskan Fulham 2-0, Jumaat lalu, akan berkunjung ke Brentford pada 13 September ini. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN