fb fb fb fb fb

Chelsea ikat Arsenal 1-1

Viktor Gyokeres dilayangkan kad kuning selepas melakukan kekasaran terhadap Robert Sánchez pada aksi Chelsea menentang Arsenal di Stamford Bridge/Foto REUTERS

LONDON, 1 Dis – Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain mengikat pendahulu liga, Arsenal, 1-1 dalam pertembungan derby London di Stamford Bridge.

Trevoh Chalobah membuka tirai jaringan tiga minit selepas rehat apabila menanduk masuk hantaran sudut kapten Reece James.

Gol itu hadir ketika Chelsea mula menguasai rentak perlawanan dan memberi tekanan awal kepada Arsenal.

Namun situasi berubah apabila Moisés Caicedo dilayangkan kad merah pada minit ke-38 selepas semakan VAR mendapati terjahannya ke atas Mikel Merino.

Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain, sekali gus mengubah momentum perlawanan memihak kepada Arsenal.

Arsenal akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi Merino yang menanduk masuk hantaran silang Bukayo Saka, sebelum The Gunners menggandakan tekanan dengan beberapa peluang berbahaya.

Sepakan itu termasuk dua percubaan Martin Odegaard serta satu aksi menyelamat luar biasa Robert Sánchez pada penghujung perlawanan.

Perlawanan berlangsung dalam suasana derby sebenar, dipenuhi insiden tegang dan kekasaran, dengan pengadil Anthony Taylor mengeluarkan tujuh kad kuning — enam kepada Arsenal dan satu kepada Marc Cucurella.

Keputusan itu mengekalkan Arsenal di tangga teratas Liga Perdana dengan 30 mata, lima mata mengatasi Manchester City.

Manakala Chelsea kekal di tempat ketiga dengan 24 mata. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN