Kemeriahan bermula sebaik perlawanan tamat, dengan penyokong memenuhi jalan sekitar stadium sambil mengibarkan bendera merah-hitam, menyalakan suar dan melaungkan “Mengao juara empat kali!”.
“Mereka memang layak, empat kali juara… seluruh ‘negara Flamengo’ sangat gembira. Kami juga diterima dengan baik di Lima,” kata penyokong, Sergio Galmon.
Sebahagian penyokong Palmeiras pula mempertahankan aksi pasukan mereka dan percaya skuad itu akan kembali ke pentas final.
“Apa yang penting ialah tetap berada di sini, beri yang terbaik. Palmeiras pasti kembali tahun hadapan,” kata Matheus Ribeiro.
Flamengo mengesahkan kemenangan menerusi tandukan Danilo pada minit ke-67, jaringan yang menghadiahkan trofi Libertadores keempat buat gergasi Rio de Janeiro itu.
Pihak polis Peru turut membuat kawalan keselamatan ketat sepanjang acara, dengan tiada insiden tidak diingini dilaporkan.
Manakala sambutan penyokong dilihat berlarutan hingga ke pusat bandar Lima. - REUTERS