BERLIN, 15 Ogos- Borussia Dortmund, Bayer Leverkusen dan juara Piala Jerman, VfB Stuttgart, dijangka menjadi pencabar utama Bayern Munich bagi kejuaraan Bundesliga musim ini selepas gergasi Bavaria itu melalui jendela perpindahan yang hambar.
Bayern akan membuka musim menentang Stuttgart dalam aksi Piala Super Franz Beckenbauer pada Sabtu.
Juara 12 daripada 13 musim terakhir itu kehilangan beberapa tonggak termasuk Thomas Mueller, Leroy Sane dan Eric Dier, selain gagal mendapatkan bintang Jerman, Florian Wirtz, yang memilih berhijrah ke Liverpool.
Kapten Bayern, Joshua Kimmich berkata perubahan skuad-skuad liga menjadikan sukar mengenal pasti pencabar utama, namun menjangka RB Leipzig mampu bangkit kerana tidak terlibat dalam saingan Eropah.
Leverkusen pula kehilangan majoriti pemain utama dan jurulatih Xabi Alonso manakala Dortmund di bawah bimbingan Niko Kovac bangkit cemerlang musim lalu dan kini dibarisi pemain baharu Jobe Bellingham.
Stuttgart yang menamatkan musim lalu di tempat kedua, terus diyakini mampu memberi cabaran selepas kebangkitan di bawah jurulatih Sebastian Hoeness. -AFP