fb fb fb fb fb

Atmane terus gemilang, Sinner menanti di separuh akhir Terbuka Cincinnati

Foto AFP

OHIO, 15 Ogos- Pemain kelayakan Perancis, Terence Atmane menewaskan Holger Rune untuk menempah pertemuan separuh akhir dengan juara bertahan dan nombor satu dunia, Jannik Sinner, di Terbuka Cincinnati.

Atmane, 23 tahun mengalahkan Rune 6-2, 6-3 selepas menumpaskan pilihan ke-4, Taylor Fritz, dalam pusingan sebelumnya.

Kemenangan itu menyaksikan Atmane melonjak ke kedudukan 100 terbaik buat kali pertama dalam kariernya.

Sinner, yang menewaskan Felix Auger-Aliassime 6-0, 6-2, mempamerkan prestasi mantap untuk meraih kemenangan kelapan berturut-turut di kejohanan itu dan kemenangan ke-30 musim ini.

Juara Wimbledon itu mengakui setiap perlawanan berbeza dan bakal memberi fokus penuh dalam separuh akhir.

Dalam aksi lain, Ben Shelton, pilihan ke-5 dan juara Toronto baru-baru ini menewaskan Jiri Lehecka 6-4, 6-4 untuk berdepan pilihan ke-3, Alexander Zverev, di suku akhir.

Dalam perkembangan kategori wanita, juara Perancis Terbuka, Coco Gauff melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Lucia Bronzetti.

Gauff dijadual akan menentang pilihan ke-7, Jasmine Paolini, yang menewaskan juara Wimbledon 2024, Barbora Krejcikova, 6-1, 6-2.

Sementara itu, France’s Varvara Gracheva bangkit mengatasi Jerman, Ella Seidel, 2-6, 6-1, 6-1 dan bakal berdepan Veronika Kudermetova, pemenang 6-4, 6-3 ke atas Magda Linette. - AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM