MUNICH, 30 Oktober- Kelab Bayern Leverkusen kembali merampas takhta liga daripada seterunya, Bayern Munich selepas menewaskan Freiburg 2-1 di halaman sendiri pada Ahad.
Kemenangan tersebut melebarkan rekod kemenangan tanpa kalah pasukan itu musim ini kepada lapan daripada sembilan perlawanan.
Skuad bimbingan Xabi Alonso itu hanya keciciran mata ketika seri dua sama ketika menentang Bayern Munich pada bulan lalu.
Pasukan itu kini mengumpul 25 mata, dua mata mengatasi juara bertahan Bayern Munich.
Alonso turut menjadi pengurus pertama kelab berkenaan yang berjaya memenangi lapan perlawanan dalam semua pertandingan sejak Bayern Leverkusen dinaikkan ke liga berkenaan pada tahun 1979.
Pada perlawanan yang berlangsung di Bay Arena itu, Bayern Leverkusen terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Florian Wirtz pada minit ke-36 yang merembat kencang ke gawang Freiburg selepas memperdayakan pertahanan pasukan tersebut.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat permainan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Bayern Leverkusen menggandakan jaringan menerusi Jonas Hoffman pada minit ke-60 hasil rembatan jarak jauh yang gagal ditampan oleh penjaga gol Freiburg, Noah Atubolu.
Freiburg berjaya mendapat gol saguhati menerusi manuel Gulde pada minit ke-70. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat permainan.-REUTERS