fb fb fb fb fb

Bublik rangkul gelaran keempat di Terbuka Hangzhou

Foto Reuters

HANGZHOU, 24 September- Pemain Kazakhstan, Alexander Bublik menewaskan pemain kelayakan Perancis, Valentin Royer, menerusi dua set 'tie-break' pada aksi akhir Terbuka Hangzhou pada Selasa.

Kemenangan itu menjadikan Bublik pemain kedua paling berjaya dalam acara perseorangan ATP musim ini dengan empat gelaran, di belakang Carlos Alcaraz yang mengutip tujuh trofi.

Dalam perlawanan yang tidak menyaksikan sebarang break serve, kelebihan Bublik selaku pilihan ketiga nyata pada servisnya apabila berjaya meledak 21 ace berbanding lapan sahaja oleh Royer yang menghuni ranking ke-88 dunia.

Sementara itu, di Chengdu, pemain kelayakan dari Chile, Alejandro Tabilo mengejutkan pemain nombor sembilan dunia, Lorenzo Musetti, 6-3, 2-6, 7-6(5) untuk menjuarai Terbuka Chengdu pada Selasa.

Tabilo, 28 tahun, bangkit menyelamatkan dua mata kemenangan sebelum memaksa 'tie-break' set penentuan, sekali gus menutup aksi dramatik dengan pukulan 'drop-shot' yang membuka ruang kepada mata kejuaraan.

Kemenangan itu menghadiahkan gelaran ATP 250 ketiganya, sementara Musetti yang mara ke separuh akhir Terbuka Perancis tahun ini terpaksa akur tewas di final Chengdu buat kali kedua berturut-turut selepas dikecewakan pemain muda China, Shang Juncheng, tahun lalu. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM