fb fb fb fb fb

Brandon Aiyuk meterai kontrak lanjutan bernilai AS$120 juta dengan 49ers

Brandon Aiyuk

MIAMI, 30 Ogos- San Francisco 49ers telah bersetuju dengan lanjutan kontrak baharu selama empat tahun bernilai AS$120 juta dengan Brandon Aiyuk, menurut laporan NFL Network pada Khamis.

Aiyuk telah terlibat dalam saga kontrak yang berlarutan dengan pasukan itu yang berlangsung hampir enam bulan dan pada akhir Julai.

Aiyuk turrut dilaporkan telah meminta untuk ditukarkan ke pasukan lain sebelum latihan musim baharu bermula.

Pemain berusia 26 tahun itu telah melaporkan diri untuk latihan dan menghadiri mesyuarat pasukan, tetapi tidak mengambil bahagian dalam latihan dengan alasan kecederaan belakang.

Namun pada hari Rabu, 'Niners mengisytiharkan Aiyuk sihat, dan jurulatih Kyle Shanahan mengatakan mereka menjangkakan dia akan menyertai latihan, dan mungkin akan dikenakan denda jika dia masih enggan mengambil bahagian.

Konflik itu akhirnya diselesaikan dengan perjanjian tersebut, lebih kurang seminggu sebelum musim baharu bermula, yang menurut NFL Network termasuk jaminan sebanyak AS$76 juta.

Aiyuk merupakan komponen penting dalam pasukan 49ers musim lalu, yang berjaya mara ke Super Bowl tetapi tewas dalam masa tambahan kepada Kansas City Chiefs.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE