BUENOS AIRES, 17 November – Boca Juniors menewaskan Atletico Tigre 2-0 di laman sendiri, Ahad lalu untuk menamatkan kejohanan Clausura Argentina di tangga teratas Kumpulan A.
Boca yang sudah layak ke pusingan seterusnya mengumpul 29 mata, empat mata di hadapan Racing dan lima mata di hadapan Unión serta Central Córdoba.
Selepas separuh masa pertama di La Bombonera, di mana Tigre hanya mempunyai satu peluang gol, Ayrton Costa membuka jaringan Boca dengan tandukan tepat hasil hantaran sudut Leandro Paredes pada minit ke-73.
Edinson Cavani/Foto FB BOCA
Edinson Cavani menambah gol kedua melalui sepakan penalti pada masa tambahan selepas bola terkena tangan pemain lawan, memastikan kemenangan mudah untuk Boca.
Sementara itu, River Plate hanya mampu seri 0-0 ketika menentang Vélez Sarsfield di tempat lawan, menamatkan di tangga keenam dengan 22 mata dan mengesahkan tempat mereka dalam kelompok lapan teratas Kumpulan B. -REUTERS