MONTENEGRO, 15 September - Pasukan Perancis, Biotherm, muncul juara keseluruhan The Ocean Race Europe selepas menamatkan peringkat kelima dan terakhir perlumbaan berlayar itu dengan kemenangan bergaya, hari ini.
Kapal layar dikemudi Paul Meilhat itu terlebih dahulu melintasi garisan penamat pada perlumbaan sejauh 1,600 batu nautika dari Genova, Itali ke Boka Bay, Montenegro.
Biotherm turut memenangi peringkat pertama, kedua dan ketiga, sekali gus mengumpul keseluruhan 48 mata yang tidak mampu dipintas pencabar lain.
Tempat kedua peringkat terakhir menjadi milik Team Holcim yang dikemudi Rosalin Kuiper.
Sementara itu, pasukan Paprec Arkea dan Holcim - PRB akan berentap bagi menentukan tempat kedua keseluruhan dalam perlumbaan pantai di Montenegro pada 20 September ini.-REUTERS
