SHAH ALAM, 25 September – Jelajah Persatuan Pickleball Profesional (PPA) Asia, Piala Malaysia 2025 membuka tirai hari ini.
Kejohanan yang dinanti-nantikan ini dijadual berlangsung hingga Ahad di Setia Alam, dengan barisan pemain profesional pickleball terbaik dunia bakal berentap.
Antara bintang dunia yang hadir termasuk Ben Johns; Tyson McGuffin; Anna Bright, Zane Navratil dan Zoey Wang Chao Yi, bersama pemain muda berbakat dari seluruh dunia.
Pengarah Jelajah Asia PPA Malaysia, Vincent Siow dalam kenyataannya berkata, kejohanan ini membuka lembaran baharu untuk perkembangan pickleball di rantau Asia Tenggara.
"Malaysia berbangga menjadi tuan rumah kepada atlet-atlet terbaik dunia dan mengetengahkan sukan ini di pentas antarabangsa," katanya.
Jelajah Asia PPA Piala Malaysia 2025 bakal menawarkan hadiah wang tunai melebihi 150 ribu dollar Amerika(AS$150,000).