MISANO ADRIATICO, 13 September - Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi meraih petak utama MotoGP San Marino, mengatasi Alex Marquez pada sesi kelayakan.
Litar Marco Simoncelli dikejutkan dengan catatan masa terbaik Bezzecchi 1 minit dan 30.134 saat, hanya 0.088 di hadapan Alex.
Abang Alex, Marc Marquez dinafikan petak di barisan hadapan untuk kedua-dua perlumbaan pecut dan GP San Marino oleh Fabio Quartararo.
Quartararo pada sesi kelayakan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, dipisahkan 0.94 saat di belakang Bezzecchi.
Bagaimanapun, Marc berpeluang meningkatkan lagi jurang 182 mata semasa dalam keseluruhan perlumbaan MotoGP ke atas Alex, hasil kemenangan 14 daripada 15 perlumbaan pecut musim ini.
Selepas GP Misano, pelumba Sepanyol itu memiliki satu lagi peluang untuk meraih gelaran iaitu di MotoGP Jepun dalam tempoh 2 minggu, menghampiri rekod seterunya Valentino Rossi.
Sementara itu, pelumba Honda HRC Castrol, Joan Mir terlepas aksi kelayakan dan tidak akan beraksi perlumbaan pecut selepas mengalami kecederaan leher ketika sesi latihan pada Jumaat. - AFP
